SOLAT SUNAT ISTISQA'

29 September 2019 - Pada hari ini, Solat Sunat Istisqa' telah diadakan bagi memohon kepada Allah agar menurunkan hujan khususnya bagi memenuhi kawasan empangan dan juga menghilangkan jerebu. Solat Istisqa' diimami oleh Tn Hj Abd Shukor bin Talib.

Solat merupakan doa dan ibadat yang paling penting bagi seorang hamba. Melalui solat ia dapat berhubung secara langsung dan paling hampir dengan Allah SWT. Bagi sesebuah daerah atau negeri yang menghadapi masalah keputusan air kerana kemarau, sedang manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sangat memerlukannya, ia dituntut untuk menunaikan solat istisqa’ iaitu solat meminta hujan, agar diturunkan hujan. Hukumnya sunat muakkad ke atas orang yang mukim, musafir, merdeka, hamba, yang sudah baligh dan belum baligh, lelaki serta perempuan.