ANUGERAH PENYAYANG JOHOR 2014



4 Mac 2015 – Majlis Anugerah Penyayang Johor 2014 telah diadakan di Amansari Residence Resort, Bandar Seri Alam, Johor Bahru. Majlis ini disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar, Johor.
     Anugerah Penyayang Johor merupakan satu pengiktirafan, penghargaan dan lambang kepada khidmat bakti cemerlang, ikhlas dan berterusan dalam kerja-kerja kemasyarakatan yang ditunjukkan dan dicurahkan sama ada oleh tokoh individu ataupun organisasi.
      Pelajar SMK Dato’ Penggawa Barat iaitu adik Muhammad Asrul Haziq bin Anuar ( 5 Cempaka ) dan adik  Nur Hazirah binti Sazahly ( 5 Anggerik)  telah dipilih sebagai Tokoh Tunas Lelaki dan Tokoh Tunas Perempuan bagi Daerah Pontian 2014. Hadiah disampaikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin berupa cenderamata, sijil penghargaan dan wang tunai.

     Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga legasi penyayang anda diteruskan dan dijadikan contoh oleh pelajar yang lain.