MENGEJAR IMPIAN BERGELAR 'KING SCOUT'

14-17 Mac 2015 – Bagi seorang ahli pengakap impian untuk bergelar Pengakap Raja / ‘King Scout’ merupakan satu impian yang ditanam sejak mula bergiat aktif dalam aktiviti kepengakapan. Anugerah Pengakap Raja / ‘King Scout’ merupakan anugerah tertinggi yang mana Sijil Pengakap Raja akan ditandatangani oleh Raja dan Sultan negeri-negeri di Malaysia. Seramai 8 orang ahli Pengakap SMKDPB sedang  menjalani Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2015 di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor.. Mereka telah pun lulus dalam ujian Pra Pentarafan pada Januari yang lalu. Pada kali ini mereka akan berhadapan dengan 20 ujian secara individu dan berkumpulan serta menyiapkan sekurang-kurangnya 13 gajet secara individu. Doa dan harapan warga SMKDPB agar mereka semua beroleh kejayaan dan mencipta impian menjadi Pengakap Raja / ‘King Scout’.