LATIHAN PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2015/2016

20-21 Disember 2015- Latihan Pra Pentarafan Pengakap Raja Daerah Pontian telah diadakan di SMKDPB. Latihan ini disertai oleh 30 orang ahli pengakap dari daerah Pontian iaitu 19 orang SMKDPB, 6 orang SMKB dan 5 orang SMKSSP. Tenaga pengajar terdiri daripada 5 orang ahli Pengakap Raja SMKDPB 2015 dan dibantu oleh guru pemimpin serta kelana daerah Pontian. Tujuan latihan ini adalah sebagai persediaan ke ujian pra pentarafan pengakap raja pada bulan Januari 2016. Semoga mereka berjaya!.