KEBAKARAN DI RUMAH CIKGU NORANI BASRI

3 September – Satu kebakaran telah berlaku di rumah Cikgu Norani binti Basri pada pagi ini, kira-kira pukul 10.30 pagi. Kebakaran ini telah memusnahkan rumah milik Cikgu Noraini di Taman Saujana, Pontian. Tindakan pantas pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah sebelah yang didiami Cikgu Ramli  serta Tuan Hj Abd. Shukor di bahagian belakang .Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali dua orang anggota bomba tercedera semasa memadamkan kebakaran.Punca kebakaran masih belum dikenal pasti. Pihak bomba masih menjalankan siasatan bersama pihak polis. Seluruh warga SMKDPB mendoakan agar Cikgu Norani dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.