Jamuan Merdeka Raya 2013

7 Sept 2013 : Majlis Jamuan Merdeka Raya 2013 telah diadakan di Dewan Seri Gemilang SMKDPB, anjuran Kelab Bilik Guru & Persatuan Ibubapa dan Guru-guru SMK Dato' Penggawa Barat. Majlis tersebut telah diadakan mulai jam 8.00 malam hingga 10.30 malam. Acara dimulai dengan marhaban yang diketuai oleh Tuan Haji Wan Mohd Yusli bin Hj.Wan Ibrahim. Majlis disambut meriah dengan adanya  persembahan pelajar Sempena Hari Raya dari Kumpulan Kebudayaan Asrama, SMK Dato' Penggawa Barat di bawah pimpinan Cikgu Nor Azieyantie binti Hanaffi. Terdapat 5 gerai yang dipersembahkan dengan pelbagai jenis juadah antaranya Laksa Penang, Nasi Hempit, Rendang Daging, Bulasak dengan Lepat Lue, Bakso, Satay Benut, Tauhu Bakar, Mee Rebus, Ais Krim, kuih-muih serta buah-buahan. Majlis berjalan dengan jayanya dan  dihadiri oleh semua guru sekeluarga dan juga tetamu jemputan.