"CAMAR YANG PULANG" Majlis Pesaraan Pn. Siti Hasnah binti Haji Bahari, Mantan Pen.Kanan HEM, SMK Dato'Penggawa Barat

14 Julai 2016 :Bakti Disanjung, Budi Dijunjung’ Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan. Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Bila memandang ke muka laut, Nampak sampan mudik ke hulu. Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu. Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di dalam taman. Junjungan budi kenangan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman. Mengait rambutan menggunakan galah, Disimpan bersama buah berangan. Walau sezarah silap dan salah, Harap dimaafkan disimpan jangan. Subuh hari memetik kangkung, Kangkung dipetik bersama serai. Setelah semusim kita berkampung, Tiba masanya Pn. Siti Hasnah bt. Hj Bahari bersara pilihan selaku guru dan Penolong Kanana Hal Ehwal Murid di SMK Dato'Penggawa Barat. Majlis pesaraaan telah diadakan dengan gilang gemilang di Dewan Sri Gemilang .