MAJLIS PELANCARAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014 DAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI ANTARA PPSPPA DENGAN JPN JOHOR DAN UTHM

2 April 2014 – Majlis Pelancaran Kelab Kitar Semula Sekolah-Sekolah  Peringkat Negeri Johor 2014 dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Di Antara PPSPPA Dengan JPN Johor dan UTHM telah diadakan di Dewan seri Gemilang SMKDPB.  Majlis diserikan dengan persembahan Coral Speaking dan Pidato bertemakan kitar semula.
        Majlis ini dirasmikan oleh Datuk AB. Rahim bin Md Noor, Ketua  Pegawai Eksekutif PPSPPA. Dalam ucapannya beliau menekankan budaya menjaga kebersihan persekitaran di kawasan masing-masing. Selaras dengan itu, penubuhan Kelab Kitar Semula di sekolah-sekolah diharapkan menjadi platform bagi transformasi minda para pelajar untuk membudayakan persekitaran yang bersih dan sejahtera.
     Sebelum itu, Tn Hj Md Hasidin bin Hj Zaini , Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dalam ucapannya  mengatakan bahawa kolaborasi di antara PPSPPA dan JPNJ dalam melaksanakan aktiviti kitar semula di sekolah-sekolah  adalah sangat perlu sebagai pendidikan peringkat awal dalam pembentukan minda masyarakat terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar.
       Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil Kelab Kitar Semula kepada sekolah-sekolah, penyampaian Sijil Pertandingan Kitar Semula Peringkat Kebangsaan 2013 di mana SMK Dato’ Penggawa Barat memenangi bagi kategori sekolah menengah. Selain itu, seramai 10 orang penyumbang Kelab Kitar Semula SMKDPB bagi bulan Mac 2014  juga menerima hamper sumbangan PPSPPA. Majlis diakhiri dengan MOU antara PPSPPA & JPNJ dan PPSPA & UTHM serta lawatan ke pameran kitar semula.