PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA MELAYU SPM 2014

12 APRIL 2014 – Program Jerayawara Bahasa Melayu SPM telah diadakan di Dewan Blok Intelek, SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor. Program ini dikendalikan oleh Tn Hj Samat bin Buang, Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari Melaka. Program ini menyasarkan pelajar tingkatan lima seramai 205 orang yang merupakan calon SPM 2014. Program ini dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan ilmu dan tips yang dicurahkan serta memperoleh kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu  SPM. Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Samat yang sanggup datang ke Pontian dan menjayakan program ini.