KEM PENULIS MUDA DAERAH PONTIAN 2014


2 April 2014 – Kem Penulis Muda daerah Pontian 2014 telah diadakan di SMA Bugisiah mulai pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Dalam pertandingan ini SMKDPB telah menghantar 2 orang peserta iaitu Mohd Shah Fiqry bin Ahmad Badri dan Siti Nurfadzrinisha bt Mohamed Haffeny. Alhamdulillah dalam pertandingan ini Siti Nurfadzrinisha telah mendapat tempat pertama kategori perempuan dengan  cerpen bertajuk  ‘Maafkan Aku’ dan sajak berjudul ‘Mencari Keinsafan’. Bagi Mohd Shah Fiqry pula beliau mendapat tempat keempat kategori lelaki dengan cerpen yang bertajuk ‘Perjalanan’ dan sajak berjudul ‘ Izin Ku Pergi’. Tahniah diucapkan kepada pelajar ini dan juga kepada Cg Mohd Shaiful Norsiman yang membimbing para pelajar ini.