PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS 2014

10 April – Pertandingan Drama  Komsas Sekolah-sekolah Menengah Daerah Pontian telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Pertandingan yang dimulakan seawal jam 8.30 pagi turut disertai oleh 5 buah sekolah menengah iaitu SMK Ayer Baloi, SMK Teluk Kerang, SMK Dato’ Ali Haji Ahmad, SMK Dato’ Mohd Yunus Sulaiman dan SMK Dato’ Penggawa Barat.
SMKDPB telah  mementaskan Drama Gelanggang Tok Wali dengan dibimbing oleh En Mohd Shaiful bin Norsiman. Dalam pertandingan tersebut SMKDPB telah mendapat tempat kedua. Adik Mohd Shah Fiqri yang memegang watak Ripin telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Majlis penyampaian hadiah dan penutupan rasmi disempurnakan oleh  En Nazarali bin Ali, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pontian.
Tahniah kepada seluruh krew drama yang bertungkus-lumus membuat latihan dan props. Terima kasih juga buat guru-guru dan pelajar-pelajar yang bertugas menjayakan pertandingan ini.