PELANCARAN HARI BUKU SEDUNIA 2014



23 April 2014 : Hari Buku Sedunia adalah acara tahunan yang diraikan setiap 23 April dan telah diadakan buat pertama kalinya oleh UNESCO pada 23 April 1995. Antara objektif penganjuran acara ini adalah untuk mempromosikan pembacaan, penerbitan dan juga hak cipta terpelihara sesuatu bahan bacaan. Bersempena dengan acara ini, pelbagai sambutan telah diadakan di seluruh dunia. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah 'Silent Reading', Bacaan NILAM, Sajak dan bengkel e-Book.