JAMBORI ANTARABANGSA PENGAKAP PERAK 2014

24-30 November 2014 - Bertempat di pantai peranginan Teluk Batik, Lumut, Perak, Pengakap Laut Kumpulan 14 Pontian dari SMK Dato’ Penggawa Barat telah menyertai Jambori Pengakap Antarabangsa Perak ( Perak International Jamboree 2014). Seramai 32 orang ahli-ahli pengakap diiringi oleh Cg Anuar Salleh, Cg Mohd Zaid bin Man dan Cg Nurul Hafsah bt Abu Sajid berkampung selama 7 hari 6 malam di Teluk Batik, Perak.

Jambori Pengakap yang berstatus antarabangsa ini dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Bertemakan Apreasisasi Budaya dan Pelancongan, jambori ini turut disertai oleh pengakap-pengakap dari luar negara iaitu Brunei, Indonesia, Khazastan, Thailand, Filipina, Cambodia, Mexico, Singapura dan Libya.  Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang jambori antaranya  seperti tarian, pakaian tradisional, aktiviti lasak, aktiviti lawatan ke Pulau Pangkor, Lawatan ke kapal TLDM, lawatan ke Paya Bakau dan sukan rakyat.
Pelbagai pertandingan diadakan dan Kontinjen Negeri Johor telah mendapat tempat pertama dalam acara tarian tradisional, tempat kedua dalam pertandingan pintu gerbang, tempat ketiga dalam acara pakaian tradisional dan tempat kelima dalam acara fotografi. Kejayaan ini membolehkan Kontinjen Negeri Johor dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Jambori Pengakap Antarabangsa Perak.
Para pelajar yang menyertai jambori ini turut memperoleh Sijil Penyertaan dan Sijil Pencapaian untuk Anugerah Aman Jaya ( Sijil ini diberi kepada 400 peserta terbaik daripada 7100 peserta yang mampu menyelesaikan aktiviti yang disertai dan seramai 32 orang ahli pengakap SMKDPB memperolehnya)
Tahniah kepada ahli-ahli Pengakap Kumpulan 14 Pontian @SMK Dato’ Penggawa Barat. Semoga Pengakap SMKDPB terus maju. Sekali Berpengakap Selamanya Berpengakap.





 BERSAMA PRAMUKA, INDONESIA
 TAKLIMAT DI ATAS KD HANG TUAH




 TURUN DARI KD HANG TUAH
 PENERANGAN OLEH LASKAR




 PINTU GERBANG JOHOR
 MALAM PENGAKAP BERSELAWAT




 TERMINAL JETI KE PANGKOR
 PERASMIAN OLEH SULTAN PERAK
 




 ANUGERAH AMAN JAYA
 MENYAMBUT PENGAKAP KHAZASTAN