Kejohanan Bola Baling MSSD Pontian Tahun 2012



9 April 2012: Kejohanan Bola Baling MSSD Pontian 2012 telah berlangsung di MRSM Pontian selama 3 hari bermula 3 April hingga 5 April 2012. SMK Dato’ Penggawa Barat telah menghantar 2 pasukan lelaki dan 2 pasukan perempuan. Pasukan Perempuan (A) telah berjaya mendapat JOHAN setelah menewaskan pasukan dari MRSM Pontian di peringkat suku akhir dan berjaya menewaskan pasukan dari SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman di peringkat akhir. Kejayaan ini patut dibanggakan kerana sudah sekian lama SMK Dato’ Penggawa Barat tidak menggenggam kejuaraan ini. Diharap ini akan menjadi titik permulaan dan pembakar semangat kepada para pelajar yang lain untuk terus mengharumkan nama SMK Dato’ Penggawa Barat dalam bidang sukan. Tahniah diucapkan!