Lawatan Penanda Aras di Kota Bahru


Kenangan bersama Pentadbir di SMK Bachok dan Di MRSM Pasir Tumboh


13-15 Mei 2011: Seramai 30 oarang guru SMKDPB yang terdiri daripada PK Pentadbiran, PK HEM, PK Petang, 4 orang Guru Kanan, 9 orang Guru Cemerlang, 2 orang Kaunselor, Ketua-ketua Panitia dan Guru media dan perpustakaan serta Guru-guru penyelaras kecemerlangan PMR telah mengikuti satu rombongan untuk Lawatan Penanda Aras di Kota Bahru.

Dua buah sekolah telah menerima kehadiran kami iaitu MRSM Pasir Tumboh dan SMK Bachok.

MRSM Pasir Tumboh merupakan MRSM ranking pertama di Malaysia dalam PMR 2010 dengan GPS 1.0115. Beberapa rahsia kejayaan dikongsi bersama dengan penjelasan program-program kecemerlangannya.

SMK Bachok pula amat menyerlah dalam matapelajaran Bahasa Arab PMR di mana sekolah ini sentiasa mengekalkan keputusan 100% dalam Bahasa Arab. Dalam keputusan peperiksaan PMR 2010 yang lalu seorang pelajar keturunan cina Wee Soo Yen telah memperolehi keputusan A dalam Bahasa Arab. Pelajar ini telah menerima Anugerah Maulidur Rasul 2011 yang telah disampaikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 15 Februari 2011.

Secara keseluruhannya objektif lawatan ini berjaya membuka minda guru-guru untuk menyerapkan idea-idea yang baik bagi kecemerlangan SMKDPB

Tahniah kepada penganjur lawatan atas usaha memartabatkan lagi kegemilangan SMKDPB.

Untuk mengenali lebih dekat lagi sila klik disini untuk laman web rasmi MRSM Pasir Tumboh dan di sini untuk SMK Bachok.




Lawatan Perkongsian Pintar - The best home videos are here