KEMPAS 2012

17 Julai 2012: Seramai 57 pelajar SMKDPB telah mengikuti Ujian Saringan bagi pemilihan peserta Kem Pendidikan Alam Semulajadi (KEMPAS) 2012 peringkat kebangsaan  di Kuala Lumpur, ajuran MOSTI dan Universiti Putra Malaysia. Ujian saringan telah dimulakan pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Hanya 3 orang pelajar yang terbaik akan mewakili Negeri Johor Darul Takzim ke peringkat Kebangsaan.