Karnival Sekolah-sekolah Kluster peringkat negeri Johor 2012

18 Julai 2012 : Kebitaraan Matematikdan Hoki SMK Dato’ Penggawa Barat telah menyertai Karnival Sekolah-sekolahKluster peringkat negeri Johor yang diadakan di SMK Tinggi Kluang. Pelbagaiaktiviti dan pertandingan telah dianjurkan oleh pihak SMK Tinggi Kluang.Kebitaraan Matematik SMK Dato’ Penggawa Barat telah menyertai Kuiz MatematikMenengah Atas, Kebitaraan Hoki pula menyertai Pameran dan sepasukan tiga orang pelajartingkatan dua menyertai pertandingan Glider. Kuiz Matematik Berjaya meraihhadiah saguhati. Karnival yang meriah ini turut melibatkan pelajar-pelajarsekolah rendah sekitar daerah Kluang.