Kelas Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) SMKDPB 2011

International Mathematic Olympiad(IMO) atau pun Olimpiad Matematik Antarabangsa adalah Kejohanan Pertandingan Matematik Dunia yang disertai lebih 100 negara dari seluruh dunia. Di Malaysia, pertandingan ini lebih dikenali sebagai Olimpiad Matematik Kebangsaan atau OMK. Ia terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Di Malaysia, Persatuan Sains Matematik (PERSAMA) mengelolakan pertandingan ini setiap tahun di beberapa pusat di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, di bawah peruntukan Kebitaraan Matematik Sekolah Kluster Kecemerlangan, satu kelas OMK telah dianjurkan selama 4 hari, iaitu pada 24, 25, 29 dan 30 November 2011 bertempat di SMKDPB. 50 orang pelajar telah terpilih untuk mengikuti kelas ini dan mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu OMK Senior (tingkatan 3 dan 4) dan OMK Junior (tingkatan 1 dan 2). Sepanjang 4 hari ini, mereka telah mempelajari pelbagai bentuk soalan dan teknik menjawab OMK.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar Ms Cho Swee Ling yang sudi memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Tahniah juga diucapkan kepada pelajar kerana sanggup datang ke sekolah walaupun pada musim cuti sekolah serta memberi komitmen yang baik sepanjang kelas berlangsung. Semoga perkongsian ilmu ini dapat menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam Pertandingan OMK 2012 dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu IMO.