BAHAYA DENGGI, HAPUSKAN AEDES

20 Julai 2014 – Satu majlis penerangan tentang Bahaya Denggi, Hapuskan Aedes telah diadakan pada pagi ini. Penerangan ini disampaikan oleh Pn Siti Hasnah bt Hj Bahari, Penolong Kanan HEM SMK Dato’ Penggawa Barat. Dalam penerangannya beliau menyarankan agar semua pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah, rumah dan persekitaran daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tanggungjawab bersama ini perlu dimainkan oleh semua pihak dalam usaha membanteras pembiakan nyamuk Aedes seterusnya mengelakkan penyakit Demam Denggi. Majlis diteruskan dengan tayangan video berkaitan pembiakan nyamuk Aedes dan penyakit demam denggi. Semoga warga SMKDPB dilindungi Allah daripada penyakit demam denggi. Insyaallah.