MAJLIS ZIARAH & MARHABAN WARGA SDPB SEMPENA AIDIL FITRI 1438H

9 Julai 2017 : ''Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.''

“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)


Majlis ziarah dan marhaban warga SDPB sempenan Aidil Fitri 1438H telah diadakan pada 7hb-8hb Julai 2017. Seramai lebih dariapada 15 keluarga kakitangan guru turut menyertai majlis ini. Program anjuran Kelab KEBIRU SDPB ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara warga staf melalui program kunjung mengunjung yang diadakan.


 Amalan ziarah-menziarahi amat dituntut dalam Islam, apatah lagi di musim Aidilfitri. Aidilfitri membuka ruang kepada kita untuk mengaplikasikan ajaran Islam mengenai konsep berkenal-kenalan dan mengeratkan silaturahim. Sekolah Ramadan yang dilalui telah mengajar dan mendidik hati untuk sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.