KEM PENDIDIKAN MARIN PENGAKAP LAUT PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

SMKDPB Marine Troop

14 – 16 Jun 2013 Perkhemahan Pendidikan Marin Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2013 telah diadakan di Pulau Tinggi, Mersing, Johor. Seramai 72 orang peserta dari seluruh Malaysia telah menyertainya. Saya, Muhammad Idzham bin Hamdan dan Yaqzan bin Zaidi telah dipilih menyertai peserta pengakap laut dari seluruh Malaysia.
                Kami tiba di Jeti Tanjung Leman pada awal pagi Jumaat 14 Jun 2013 dan seterusnya menaiki feri  yang sedia menunggu ke Pulau Tinggi. Ketibaan kami disambut oleh En Zakaria - Ketua Jabatan Taman Laut Johor. Selepas sesi penerangan dan mendirikan khemah maka kami berehat seketika sambil menikmati keindahan Pulau Tinggi. Pada waktu petang, kami melakukan aktiviti ‘water confidence’ sebagai persediaan untuk snorkel. Pada waktu malam kami didedahkan dengan hidupan di laut.         
     
                Hari Kedua – Kami melakukan istiadat ‘Colors’. Selepas itu melakukan Jungle Trekking dan menanam bakau.  Aktiviti ini melayakkan kami mendapat lencana ‘ Ekologi Marin’. Seterusnya kami ke Pulau Metinggi untuk aktiviti Snorkle. Kami juga mengkaji punca-punca kepupusan penyu dan membuat sesi pembentangan pada sebelah petangnya. Pada pukul 6.00 petang istiadat ‘Sunset’ telah diadakan. Pada waktu malamnya kami mengadakan persembahan malam kebudayaan.

                Hari Terakhir – Majlis penutupan rasmi telah diadakan pada pagi ini. Kami dianugerahkan sijil dan lencana kepandaian oleh Ketua Persatuan Pengakap Malaysia.  Selepas selesai berkemas maka kami pun bertolak pulang ke Jeti Tanjung Leman. Sesungguhnya pengalaman ini sukar ditemui dan kami bersyukur kerana kami terpilih untuk menikmati pengalaman ini dan menimba ilmu berkaitan marin.

Salam Pengakap!