PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor, JEMPUTAN "MAJLIS JEJAK KASIH BEKAS PELAJAR TN.HJ HASHIM BIN MOHD DOM PADA 19HB OGOS 2017, JAM 2.00 PETANG
HUBUNGI :ISMAIL BIN HJ AHMAD : 0137257475 SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN MAYBANK (151025740046-ISMAIL BIN JH AHMAD)

Pelancaran Bulan Membaca, Bulan Bahasa, Bulan Teknik & Vokasional, Hari Koperasi dan Bulan Pelaburan Bijak PNB 2013

17 Jun 2013 : Majlis Pelancaran Bulan Membaca, Bulan Bahasa, Bulan Teknik &
Vokasional, Hari Koperasi dan Bulan Pelaburan Bijak PNB 2013 telah disempurnakan dengan jayanya pada hari ini. Majlis pelancaran telah bermula mulai jam 7.15 pagi dan berakhir pada jam 7.50 pagi. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan penghayatan dan motivasi pelajar terhadap amalan membaca, cintai bahasa, hayati ilmu teknik dan vokasional serta menjiwai amalan pelaburan sebagai salah satu amalan seharian.