PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

KURSUS PEMANTAPAN GURU BAHARU DAERAH PONTIAN 2013


Bertempat di Felda Residence Tanjung Leman Mersing, satu Kursus Pemantapan Guru Baharu Daerah Pontian telah diadakan bermula 18 Jun sehingga 20 Jun. Seramai 46 orang guru baharu iaitu guru yang mula mendapat penempatan bermula 2010 telah terpilih untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak PPD termasuklah 3 orang guru SMKDPB iaitu Puan Ummu Atikah Miskam, Puan Julimah Tukimin dan Puan Fadhlunnisak Hanaffi.

Kursus 3 hari 2 malam ini telah dipenuhi dengan jadual yang padat dengan ilmu pengetahuan yang harus diterapkan oleh guru-guru baharu seperti kami. Bermula dengan sesi Ice Breaking oleh Tn Hj Md Ali bin Abdullah, diikuti sesi 2 Etika Perguruan oleh En Md Roslan bin Marjan, Sesi 3 Etiket dan Protokol oleh En Nazarali bin Ali, sesi 4 PPPM dan Halatuju Pendidikan Masa Kini oleh En Hasan bin Abd Rashid daripada PPD Mersing, dan seterusnya Sesi LDK yang dipantau dan dibantu oleh semua fasilitator.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj Msduki bin Hj Shahri sendiri yang sudi meluangkan masa untuk kami guru baharu Daerah Pontian. Diharap kursus ini dapat meninggalkan impak yang besar kepada kami guru baharu SMKDPB dalam merealisasikan harapan sekolah untuk mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada PPD Pontian kerana menganjurkan kursus yang pastinya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kami guru baharu Daerah Pontian.



Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh,
Puan Fadhlunnisak Hanaffi