Penerimaan Sijil Anugerah Tawaran Baru Pengetua Bidang Keberhasilan Utama Negara |
Pelaksanaan Tawaran
Baru kepada Pengetua merupakan pengiktirafan
kerajaan Malaysia terhadap kepentingan peranan dan tanggungjawab pemimpin
sekolah dalam membangunkan modal insan kelas pertama melalui pencapaian murid
sekolah. Kerajaan berharap dengan menyediakan ganjaran yang menarik ini,
pemimpin sekolah akan sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan prestasi
mereka.
Bersama Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud Ketua Pengarah Pendidkan Malaysia |
Tawaran Baru kepada
Pengetua telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 ke
atas semua Pengetua yang telah berada di sesebuah
sekolah yang dinilai sekurang-kurangnya bagi tempoh enam (6) bulan. Prestasi
Pengetua atau Guru Besar diukur berdasarkan kombinasi skor Gred
Purata Sekolah (GPS) peperiksaan awam dan skor PKS-SKPM 2003. Menerusi Tawaran
Baru Kepada Pengetua, pencapaian prestasi Pengetua diukur berdasarkan dua (2)
kategori iaitu ;
I)
Sekolah yang melepasi sasaran 88.00 peratus Skor Komposit (SK) dan ke
atas, atau
II) Melonjak
kedudukan (ranking) sekolah berbanding kedudukan tahun sebelumnya.
Di bawah kategori
melonjak kedudukan (ranking), dua (2) pencalonan sekolah yang layak
ditentusahkan (verifikasi) iaitu Lonjakan Perdana (LP) dan Enrolmen Besar (EB).
Bagi kategori LP sekolah perlu melonjak sekurang-kurangnya 300 kedudukan
berbanding tahun sebelumnya. Manakala bagi kategori EB yang mempunyai
enrolmen 1500 dan ke atas, sekolah perlu melonjak sekurang-kurangnya 200
kedudukan berbanding tahun sebelumnya.
Senarai sekolah
disenarai pendek oleh Pejabat Pelaksanaan Pengurusan [Delivery Management
Office(DMO)], Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) layak ditentusahkan atau
diverifikasi oleh JNJK. JNJK akan melaksanakan pemeriksaan ke atas
sekolah-sekolah yang layak dicalonkan bagi menentusahkan skor PKS-SKPM
masing-masing.
Barisan penerima Tawaran Baru Pengetua Tuan Haji Hashim kedudukan No.7 dari kerusi sebelah kanan barisan pertama |
Selepas pemeriksaan
oleh JNJK serta tapisan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan
Bahagian Audit Sekolah (BAS), Jawatankuasa Induk Bayaran Insentif Tawaran Baru
(BITB) akan menentukan kedudukan sebenar sekolah untuk dipertimbang dan
diperakubagi menerima BITB. Di samping itu, Pengetua juga perlu mematuhi syarat-syarat
tambahan berikut:
a) Markah
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) pada tahun dinilai berada atau melebihi
90.00 peratus;
b) Bebas
daripada tindakan tatatertib pada tahun dinilai; dan
c) Tiada
laporan audit berteguran pada tahun dinilai
Pemeriksaan ini
adalah penting untuk menentusahkan skor PKS-SKPM tahun dinilai bagi
membantu DMO memilih Pengetua yang layak menerima ganjaran BITB tahun dinilai. Sekolah-sekolah
yang berada pada zon kelayakan akan dikunjungi oleh JNJK bagi tujuan penentusahan
dalam pemeriksaan yang dinamakan Pemeriksaan Khas Tawaran Baru Kepada Pengetua.
Menerusi pemeriksaan
ini JNJK akan hadir selama seharian di sekolah bagi maksud menentusahkan skor
Penarafan Kendiri Sekolah menggunakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
(PKS-SKPM) 2003. Kaedah Penentusahan yang akan dilaksanakan merangkumi
pemeriksaan terhadap aspek semakan dokumen sekolah, pencerapan pengajaran dan
pembelajaran, pemerhatian dan temu bual. Bagi tujuan ini empat instrumen akan
digunakan iaitu;
a) Instrumen
Pemastian Standard SKPM-Sekolah;
b) Instrumen
Pemeriksaan Khas Tawaran Baru Kepada Pengetua;
c) Instrumen
Pemeriksaan Khas Tawaran Baru Kepada Pengetua Tahun - Sekolah Berprestasi
Tinggi; dan
d) Standard
4: Pembelajaran dan Pengajaran
Pencerapan
pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang sangat penting dan merupakan
syarat wajib khususnya pencerapan terhadap pengetua. JNJK juga boleh memantau
penolong-penolong kanan dan guru-guru mengikut opsyen JNJK yang hadir.
Pengenalan Tawaran baru Pengetua merupakan pengiktirafan kepada Pengetua dan
Guru Besar dalam usaha mereka melonjakkan kecemerlangan sekolah. Syabas dan
tahniah kepada seluruh warga SMK Dato' Penggawa Barat.