PELANCARAN PERFECT SCORE MILIKKU & BULAN SAINS DAN MATEMATIK 2014

2 MAC - Majlis Pelancaran Perfect Score Milikku & Bulan Sains dan Matematik 2014 telah disempurnakan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMKDPB pada pagi ini. Dalam ucapannya beliau meminta para pelajar agar meneruskan legasi kecemerlangan Sekolah Berprestasi Tinggi. Selain itu, beliau turut meminta para pelajar menyemarakkan Bulan Sains dan Matematik dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Aktiviti-aktiviti yang disertai banyak membantu para pelajar ke arah kecemerlangan.