PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

SEMINAR INOVASI JURULATIH UTAMA NEGERI JOHOR 2014

7- 8 Mac 2014 – Satu Seminar Jurulatih Utama Inovasi Peringkat Negeri Johor Tahun 2014 telah diadakan di Bahagian Teknologi  Pendidikan Negeri Johor (BTPNJ). Seminar ini dianjurkan oleh pihak JPNJ dengan kerjasama BTPNJ, PPD Pontian dan SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor. Matlamat utama seminar ini adalah untuk memberi pendedahan pengajaran dan pembelajaran berinovatif kepada Jurulatih Utama (JU) Inovasi Negeri agar dapat melahirkan seramai mungkin Guru Inovatif peringkat negeri Johor.
          Seramai  80 orang peserta terlibat dengan seminar ini yang diwakili 4 orang dari setiap daerah di negeri Johor. Selain itu, Daerah Pontian yang bertindak sebagai penganjur bersama menghantar paling ramai peserta iaitu 40 orang.
         Tiga orang penceramah mengisi slot ceramah yang diketuai oleh Dr. Mohd Kasim bin Basir ( Muar), En Roslan bin Idris (Pontian) dan En Esa bin Dasim (Pontian). Segala inti pati inovasi telah didedahkan kepada para peserta termasuklah cetusan idea, hak cipta harta intelek dan teknik penulisan inovasi. Majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh  Tn Hj Abd Jalil bin Satari, Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNJ. Semoga para peserta dapat manfaat atas segala ilmu yang diperoleh dan menyebarluaskan kepada guru-guru di daerah masing-masing.

( BAGI PESERTA INOVASI YANG INGIN MENDAPATKAN GAMBAR SEMASA SEMINAR SILA KLIK DI SINI )