MESYUARAT KITAR SEMULA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014










10 MAC 2014 – Isnin.  Mesyuarat Pelaksanaan Pelancaran Kelab Kitar Semula Sekolah-sekolah Negeri Johor tahun 2014 kali kedua telah diadakan di Bilik Mesyuarat Intelek, SMK Dato Penggawa Barat, Pontian, Johor selaku tuan rumah majlis pelancarannya yang akan diadakan pada 2 APRIL 2014 jam 2.00 petang . Majlis perasmian akan disempurnakan YB Datuk Halimah binti Mohd  Sadique selaku Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Dijangka seramai 1000 para jemputan akan hadir  di SMKDPB yang terdiri daripada para pengetua ,guru besar dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seluruh negeri Johor.  SMKDPB dipilih selaku tuanrumah adalah kerana SDPB telah menjuarai 2 tahun berturut-turut [ 2012 dan 2013 ]  dalam melaksanakan aktiviti Kelab Kitar Semula Sekolah Menengah dalam kategori pengumpulan barangan kitar semula terbanyak.

Cadangan pelaksanaan Kelab Kitar Semula / Alam Sekitar ini ialah
1]  Ditubuhkan di semua sekolah negeri Johor.
2]  Perjalanan kelab kitar semula / alam sekitar diuruskan oleh pihak sekolah dan
      menggunapakai modul yang dibangunkan dan dipersetujui oleh Kemnterian Pendidikan  
      Malaysia.
3]   Lawatan berkala dan khidmat nasihat daripada pegawai 3 R negeri.
4]   Laporan perjalanan kelab kitar semula / alam sekitar di akhir tahun [ PPSPPA dan pihak
      sekolah ]
5]   Pertandingan kutipan barang kitar semula tertinggi bagi peringkat daerah, negeri dan
      kebangsaan tahun 2014  telah bermula  dan terbuka kepada semua sekolah Menengah dan
      Rendah  [  2 kategori ]  termasuk  Tadika.

Beberapa aktiviti pertandingan inovasi, kreativiti dan rekacipta di kalangan pihak sekolah akan dilaksanakan dalam majlis pelancaran tersebut. Jawatankuasa pengelola majlis pelancaran telah dibentuk terdiri daripada  pegawai-pegawai PPSPPA  daerah-daerah negeri Johor yang dianjurkan secara bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Antara acara pada  majlis tersebut ialah pidato dan coral spe\aking yang bertemakan  3 R [ Reuse, Reduse , Recycle ] di samping pameran hasil-hasil barangan terbuang dan tayangan gambar.


Tuan Haji Asri bin Amat selaku Pengarah PPSPPA Johor  berharap agar  majlis ini dapat menarik minat di kalangan pelajar, pihak sekolah dan masyarakat  dalam meningkatkan tahap kesedaran, keperluan serta kepentingan kitar semula di kalangan para pelajar sekolah rendah dan menengah melalui amalan pendidikan secara teori dan praktikal secara betul  di samping memupuk sikap suka menabung.