Alhamdulillah, Kejayaan milik kita lagi JOHAN Kuiz Pelaburan PNB Malaysia 2013 Enam tahun berturut-turut 2008 hingga 2013

2 Julai 2013 :  Pertarungan akhir berlangsung pada 1 Julai 2013 mempertemukan SMK Dato' Penggawa Barat dengan SMK Bintang Pagi, Seremban. Slogan 'SDPB Menjuarai' menjadi realiti apabila sekali lagi SMK Dato' Penggawa Barat dinobatkan sebagai JOHAN Kuiz Pelaburan PNB Malaysia 2013 buat kali keenam berturut-turut. Dengan ini sekali lagi, sekolah kita akan menyimpan Piala Pusingan  buat kali kedua berturut-turut.  Majlis penyampaian Piala Pusingan dan wang tunai sejumlah RM8,000.00  telah disempurnakan oleh YAB Tun Ahmad Sarji bin Abd Hamid di  Hotel Klana Resort, Seremban. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan sekolah kita kerana sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Menurut Haji Sahadun bin Kimin, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Dato' Penggawa Barat, satu majlis apresiasi khas akan diadakan pada minggu hadapan bagi memberi penghargaan kepada pasukan sekolah yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Tahniah & syabas kepada adik Mohd Noor Afiq bin Mohd Yazed, adik Nur Firza Shahirah bt Wari, adik Maisarah Nabilah bin Mohd  Nasir dan guru pembimbing Cikgu Norizah bt. Karim serta seluruh warga sekolah.