PELANCARAN BULAN BAHASA DAN PROGRAM 3K 2014

9 Februari 2014 – Pelancaran Bulan Bahasa dan Program 3K peringkat sekolah telah disempurnakan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMKDPB. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa, Persembahan Multimedia Bulan Bahasa, Persembahan Multimedia Program 3K, Ucapan Pelancaran oleh Tn Pengetua dan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku.
                Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang Bulan Bahasa peringkat sekolah yang melibatkan Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Arab, Panitia Bahasa Cina dan Panitia Bahasa Jepun.  Para pelajar digalakkan menyertai semua aktiviti yang telah dirancang.
                Bagi program 3K pula, segala aktiviti yang berkaitan dengan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan telah disusun untuk pendedahan kepada para pelajar dan mengaplikasikannya. Program 3K bertujuan memastikan sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isu berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah
                Semoga seluruh warga SMKDPB memberi sokongan dalam menjayakan aktiviti yang dirancangkan demi ke arah kecemerlangan.