Haziq Juara Divisyen Dua Liga Hoki Remaja Malaysia Bersama Politeknik Malaysia 2014


 24 Feb 2014 -Mohd Hakimuddin Haziq b Hishamuddin telah mengharumkan nama Kebitaraan Hoki SMKDPB setelah berjaya menjulang kejuaraan Divisyen Dua Liga Hoki Remaja Malaysia 2014 bersama pasukan hoki Politeknik Malaysia. Pada perlawanan akhir yang berlangsung pada 23 Februari, pasukan hoki Politeknik Malaysia telah menumpaskan pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dengan jaringan 2-1. Kini, pasukan hoki Politeknik Malaysia akan berhadapan pula dengan Naib Juara Divisyen Satu iaitu UniKL pada peringkat suku akhir Piala Milo 2014 yang bakal berlangsung pada minggu hadapan. Tahniah dan ucapan Selamat Maju Jaya diucapkan pada beliau dan guru pembimbing, Encik Shahrulnizam b Bunjamin. Semoga mereka dan pasukan hoki Politeknik Malaysia akan berjaya pula menjulang Piala Milo 2014. Terima kasih atas sokongan pihak SMKDPB, terutamanya pengetua dan para guru yang mengajar tingkatan 5 Anggerik.