MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2014

6 Februari 2014 -  SMKDPB telah menghantar kontinjen ke Kejohanan Merentas Desa Daerah Pontian 2014. Kejohanan yang dianjurkan oleh SMK Benut telah diadakan di sekitar Kampung Parit Puteri Menangis, Pontian, Johor.
Dua orang atlet SMKDPB iaitu Mohd Nor Safiy Aziz bin Mohd Syukri berjaya mendapat tempat ketiga dan Mohd Khairil Haiqal Akmal bin Adenan mendapat tempat ke-8 bagi kategori L15. Kesemua 24 orang atlet telah berjaya menyempurnakan  larian dengan baik. Tahniah kepada semua pelajar dan guru-guru yang terlibat. SDPB Menjuarai!