4 April 2013 : Pada 23 Mac 2013 yang lalu kumpulan AJK PIBG SMK Dato' Penggawa Barat telah mengadakan program ramah mesra bersama ibubapa. Di antara rumah ibubapa yang telah diziarahi ialah di rumah Pn. Teo Cheng Lin di Jln. Johor , Pontian dan En.Kasmuri bin Sahar di Parit Bugis, Kayu Ara Pasong, Pontian.Tujuan program ini diadakan adalah untuk melakukan lonjakkan perubahan secara pendekatan transformasi kasih sayang di antara PIBG dan ibubapa agar ibubapa juga dapat membantu anak-anak mereka mencapai kegemilangan di dalam peperiksaan awam yang akan anak mereka hadapi.