AKTIVITI PUTERI ISLAM SMKDPB


Pergerakan Puteri Islam SMKDPB telah menganjurkan Kursus Jangka Pendek “Membuat dan Menghias Kek”, bertempat di Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian (KKTP) pada 30 Mac 2013.
    Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan ukhwah bagi mewujudkan kerjasama dengan mana-mana individu atau badan-badan kerajaan mahupun swasta bagi tujuan perkembangan yang lebih positive di kalangan anak-anak puteri. Selain dari itu kursus ini juga dapat memupuk minat dan kreativiti pelajar  supaya lebih berketerampilan bagi faedah individu ,keluarga dan masyarakat setempat .
Kursus ini juga telah dihadiri oleh seramai 13 orang peserta termasuk 2 orang  guru pengiring  iaitu Pn Rashidah Hassan dan Pn Zabilin Harjin. Para peserta telah dikenakan yuran sebanyak RM 38 seorang.
       Pada keseluruhannya kursus ini  telah dikendalikan oleh  2 orang tenaga pengajar iaitu Pn Hanira bte Mohamad Nur dan Pn Azyati bte Mohd Agos. Kursus telah  bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.

Pada keseluruhannya para pelajar dan guru amat berpuas hati dengan penghasilan kursus. Pihak PPI SMKDPB juga  bercadang akan mengadakan kursus  seperti ini lagi pada masa akan datang , memadangkan permintaan yang tinggi dari para pelajar yang lain.