27 April 2013 : Pengawas Pusat Sumber
Sekolah atau lebih dikenali dengan Pustakawan ialah
seseorang pelajar yang bertugas di perpustakaan dan membantu pengguna Perpustakaan mendapatkan buku atau majalah, dan lain-lain
perkhidmatan yang disediakan Perpustakaan. Mereka ini, bertanggungjawab membantu
guru-guru perpustakaan menyemak dan
memastikan susun atur buku dan terbitan bersiri di rak dalam keadaan kemas,
baik dan mudah dikesan oleh pengguna atau dengan kata lain user friendly.
Mereka bertanggungjawab membantu guru-guru dalam memproses penerimaan buku, terbitan bersiri (majalah/jurnal) yang baru
diterima dengan mengecap dan merekodkan bahan tersebut. Disamping membantu
mengendalikan urusan peminjaman dan pemulangan bahan-bahan PSS.Mereka juga membantu guru-guru memastikan bahan-bahan bacaan dan dokumen dijaga
dan diselenggara dengan elok agar tidak rosak atau hilang.Tugas & tanggungjawab mereka juga bukan terhad di dalam
perpustakaan sahaja malah merujuk kepada definasi Pusat Sumber di mana seluruh
sekolah merupakan pusat sumber. Maka Pengawas PSS juga betanggungjawab membantu
guru-guru pusat sumber melaksanakan program-program PSS seperti program nilam
dan sebagainya
Justeru, pada hari
ini sebagai menghargai dan memberi motivasi kepada mereka yang akan bersedia
untuk memikul tanggungjawab tersebut, satu majlis penyampaian watikah telah
diadakan. Seramai 21 pelajar SMKDPB telah dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah di SMK Dato' Pengawa Barat. Mereka yang dilantik adalah dalam kalangan pelajar cemerlang dan komited untuk berkhidmat kepada sekolah khususnya sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Majlis ini juga berlangsung pada sesi petang bagi melantik dan menyampaikan watikah untuk Pengawas Pusat Sumber sesi petang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn.Haji Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMK Dato' Penggawa Barat.