23 April 2013 : Pada hari ini kita sedang menyambut Hari Buku Sedunia
yang disambut serentak seluruh dunia.Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April sebagai Hari Buku Sedunia. Tujuannya bagi memartabatkan kedudukan buku sebagai sumber pengetahuan utama. Walaupun teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang pesat tetapi buku sebagai wadah untuk membina peradaban dunia tetap kekal dan tidak berubah. Di sekolah kita terdapat pelbagai aktiviti diadakan bagi meraikan hari tersebut. Diantaranya adalah Majlis Pelancaran Moskot Buku Sekolah, tayangan multimedia, kuiz mingguan dan pengucapan ulasan buku.