JUARA SEPAK TAKRAW MSSD L18



24 April – Kami Menongkah Bintang Di Angkasa, Akhirnya Bulan Jatuh Ke Riba. Satu gambaran yang tepat ditujukan kepada pasukan sepak takraw SMKDPB yang bertandingan di Kejohanan Sepak Takraw MSSD yang berlangsung selama 2 hari di STMI (2) Pontian, Johor.   Pasukan SMKDPB telah menghantar 4 pasukan iaitu 2 pasukan bawah  umur 15 tahun dan 2 pasukan bawah  umur 18 tahun. Pasukan SMKDPB ‘B’  bawah 18 tahun yang dianggotai oleh Badrul Amin bin Jamaluddin ( Kapten),  Muhamad Hanif bin Kamarudin, Aminurrusydi bin Mohd Pairus, Farhan bin Mohd Asri dan Muhammad Safuan Bin Rosli telah muncul juara setelah menumpaskan pasukan SMK Dato Mohamad Yunus Sulaiman.
                Kronologi kejayaan pasukan SMKDPB ‘B’ apabila SMKDPB ‘B’ menjadi johan kumpulan  H dan seterusnya bertemu SDAHA di peringkat suku akhir.Laluan berliku terpaksa ditempuh oleh pasukan ini yang berhempas pulas menewaskan SDAHA. Kecemerlangan ini diteruskan dengan mengerah kudrat menewaskan pasukan  SMK Tan Sri Osman Mohd Saat (STOMS) di peringkat separuh akhir. Pasukan ini seterusnya menewaskan SMKDMYS di peringkat akhir dan dinobatkan sebagai juara. Syabas diucapkan...terutamanya buat adik Badrul Amin yang bertindak sebagai  tekong dan ‘killer’ setelah Muhammad Hanif mengalami kecederaan. Tahniah buat guru-guru sepak takraw iaitu En Anuar Salleh, Tn Hj Shukor  Talib dan En Wagiman Sangat.

 Buat warga SMKDPB:

Yang kami berikan hadiah,
Yang kami cipta sejarah,
Yang kami harumkan nama sekolah.


SMKDPB MENJUARAI!