PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor, JEMPUTAN "MAJLIS JEJAK KASIH BEKAS PELAJAR TN.HJ HASHIM BIN MOHD DOM PADA 19HB OGOS 2017, JAM 2.00 PETANG
HUBUNGI :ISMAIL BIN HJ AHMAD : 0137257475 SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN MAYBANK (151025740046-ISMAIL BIN JH AHMAD)

Skrip Ke-2 Terbaik Pertandingan "Bicara Berirama" Daerah Pontian

12 Mei 2012: Pasukan "Bicara Berirama" SMKDPB telah memberikan persembahan yang sangat sempurna sekali pada Pertandingan peringkat daerah yang julung-julung kali diadakan di Dewan SMK Ayer Baloi. Kesemua ahli pasukan ini adalah terdiri daripada pelajar sesi petang yang menggabungkan kesemua kaum melayu, cina dan india.

Pertandingan yang sengit ini menyaksikan SMKDPB berada dikelompok yang terbaik sekali untuk mencuri perhatian para hakim. Semua guru pengiring sangat berpuas hati dengan persembahan mereka. Walaupun tewas, SMKDPB telah dinobatkan sebagai pemilik skrip ke-2 terbaik daerah Pontian.

Tahniah kepada Pasukan SMKDPB dan guru-guru sesi petang yang memberikan komitmen yang sangat baik daripada peringkat latihan sehinggalah selesai acara pertandingan.

Kita bersedia untuk mencuba dengan persiapan yang rapi pada pertandingan tahun 2013. Tahniah kepada semua.