PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor, JEMPUTAN "MAJLIS JEJAK KASIH BEKAS PELAJAR TN.HJ HASHIM BIN MOHD DOM PADA 19HB OGOS 2017, JAM 2.00 PETANG
HUBUNGI :ISMAIL BIN HJ AHMAD : 0137257475 SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN MAYBANK (151025740046-ISMAIL BIN JH AHMAD)

BAHAS BAHASA MELAYU ALA-PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2012


4 Mei, Kota Iskandar, Nusajaya – Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen telah berlangsung di Dewan Undangan Negeri, Kota Iskandar. Pertandingan akhir ini melibatkan antara negeri Perak dan negeri Selangor. Pasukan Perak yang diwakili SMK Taman Tasik, Taiping bertindak sebagai kerajaan sementara pasukan Selangor  yang diwakili oleh SMK Sri Serdang bertindak sebagai pembangkang. Tajuk pada pertandingan akhir ini ialah ‘Media Sosial Memupuk Nilai-nilai Kemanusiaan ‘. Saya dan Cikgu Norasyikin bersama-sama 5 orang pelajar tingkatan Empat berkesempatan menyaksikan perbahasan yang menarik ini. Pasukan Perak telah dinobatkan sebagai Johan. Sementara Menteri Ke-3 pasukan kerajaan (Perak) telah dipilih sebagai pembahas terbaik.
                Kesempatan menyaksikan pertandingan akhir peringkat kebangsaan ini harus dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar SMKDPB dan diharapkan dapat dikongsi bersama-sama rakan-rakan di sekolah.

Laporan: Cg Anuar.