8 Mei 2012 : Seramai 227 pelajar tingkatan 5 SMK Dato' Penggawa Barat, telah memulakan Peperiksaan Pertengahan Tahun mulai hari ini yang akan berakhir pada 25 Mei 2012. Buat pertama kali, Peperiksaan Pertengahan Tahun telah diadakan menggunakan Dewan Terbuka, Blok Intelek. Tujuan ianya diadakan  menggunakan konsep dewan terbuka ialah supaya pelajar dapat merasai suasana peperiksaan sebenar seperti yang diadakan dalam peperiksaan awam.   Semakan Keputusan Peperiksaan boleh dibuat Secara Online melalui SAPS.  Ibu bapa, murid-murid serta pelajar-pelajar sekolah kini kemudahan SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah telah menyediakan kemudahan untuk semak keputusan peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun, ujian penilaian dan peperiksaan percubaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Sila klik disini.