Program Sambutan Hari Guru 2012 SMK Dato' Penggawa Barart

16 Mei 2012 : Tarikh karamat bagi semua insan yang bergelar cikgu. "Selamat Hari Guru" ' bertemakan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara' di Dewan Seri Gemilang Majlis Sambutan Hari Guru SMK Dato' Penggawa Barat telah diadakan secara gilang-gemilang. 


    Pada hari ini barisan semua guru SMKDPB mula berkumpul jam 7.30 pagi untuk diraikan dalam satu majlis rasmi iaitu Sambutan Hari Guru. Perarakan dengan paluan kompang mengiringi barisan tenaga pengajar ini hingga ke Dewan Seri Gemilang. Sebelum melangkah masuk silat menyambut telah dipersembahkan dengan gandingan pesilat-pesilat sekolah. Aturcara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor. 

Dalam majlis rasmi tersebut, 2 perutusan dari Menteri Pelajaran dan Pengarah KPM telah dibacakan oleh En.Mohd Shaphri bin Mohd Yusof   dan Pengetua. Dalam ucapan Tn. Pengetua walaupun ringkas tetapi cukup bermakna kepada semua warga SMKDPB di mana beliau mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua dan menyeru kepada semua agar meneruskan lagi matlamat sekolah untuk terus menuju 

kegemilangan.Selesai acara rasmi di dewan semua guru diraikan dengan jamuan di Kantin, Sekolah. Cabutan nama bertuah anjuran Kelab Bilik Guru turut menyerikan lagi suasana majlis jamuan tersebut.



Selamat Hari Guru. Terima kasih cikgu.