Kilauan Emas di Kejohanan Padang & Balapan MSSJ kali ke-45 2012


13 - 15 April 2012: Tahniah kepada Mehmed Zaim Al Qayum Bin Razali (1KE) kerana memperolehi emas dalam acara 400m dan perak acara lompat jauh di Kejohanan Padang & Balapan MSSJ 2012. Kejohanan ini telah di jalankan di Stadium Majlis Perbandaran Kluang.

Atas sumbangan pingat ini, Daerah Pontian menduduki tempat ke-5 daripada 12 daerah yang bertanding. Pencapaian top 5 ini merupakan kedudukan yang tidak pernah dicapai sebelum ini.

Pelajar yang mengharumkan nama SMKDPB ke peringkat negeri ini telah membuktikan kepada semua bahawa SMKDPB bukan sahaja gemilang dari segi pencapaian akademik, tetapi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum turut sama cemerlang.

Sebelum ini, dalam Kejohanan Padang dan Balapan Peringkat Daerah Pontian, pelajar ini telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Lelaki 13 Tahun dan seterusnya dinobatkan sebagai Olahragawan MSSD 2012.

Tahniah kepada semua. Semoga SMKDPB akan terus gemilang.