PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU PERINGKAT KEBANGSAAN 2012


3 Mei, Skudai – Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan 2012 telah berlangsung di Hotel Good Hope, Skudai, Johor. Saya telah berkesempatan menyaksikan pertandingan suku akhir antara negeri Johor dan Kuala Lumpur. Pasukan Johor yang telah diwakili oleh SMK Felda Ayer Tawar telah tewas kepada pasukan Kuala Lumpur yang diwakili oleh SM Vokasional Setapak. Pasukan –pasukan yang akan bertanding di separuh akhir pada pagi esok 4 Mei 2012 ialah  Kuala Lumpur ( SM Vokasional Setapak) melawan Perak ( SMK Taman Tasik, Taiping) sementara pasukan Selangor ( SMK Seri Serdang ) melawan Perlis ( SMK Derma). Pasukan yang berjaya akan bertanding di Bangunan Iskandar , Nusajaya pada  pukul 2.00 petang esok. Perasmian penutup akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Johor.

Seramai 5 orang pelajar Tingkatan Empat akan menyaksikan pertandingan akhir di Nusajaya petang esok dengan diiringi Cikgu Norasyikin. Semoga pelajar-pelajar tersebut akan menimba pengalaman yang bermakna.
 Sekian.

Laporan: Cg Anuar