PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

Program Kecemerlangan Akademik Mata Pelajaran Biologi SPM 2016 (Fasa1)

25 Jun 2016 : Program Kecemerlangan Akademik Mata Pelajaran Biologi SPM 2016 (Fasa1) merupakan program akademik yang berfokuskan kepada kemahiran memahami dan menjawab soalan-soalan peperiksaan khusus bagi Mata Pelajaran Biologi untuk kertas SPM 2016. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memahami kehendakkan soalan-soalan dalam kalangan pelajar. Program ini telah dikendalikan oleh En. Junit bin Yasir, Penolong Pengarah Jabatan Sains, Sektor Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Panitia Biologi SMK Dato' Penggawa Barat. Proram fasa 1 ini berfokuskan kemahiran menjawab kertas 3 SPM bagi Mata Pelajaran Biologi.