2 Ogos – Pilihan Raya Tingkatan 6 telah diadakan pada pagi
ini bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pilihan Raya ini bertujuan untuk
memilih wakil MPPPU 2013/2014. Seramai 253 orang pelajar Tingkatan 6 menunaikan
tanggungjawab memilih pemimpin mereka. Guru-guru Tingkatan 6 juga terlibat
dalam proses pemilihan pemimpin pelajar.Proses membuang undi berjalan lancar.
Semoga kepimpinan yang baharu dapat memimpin pelajar-pelajar Tingkatan 6 ke
arah kecemerlangan.