9 Mei 2013: Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah dari Pusat Kesihatan Daerah Pontian telah mengadakan lawatan pertama pemeriksaan kesihatan rutin kepada para pelajar tingkatan 3,4 dan 5 SMK Dato' Pengawa Barat pada hari ini. Seramai 3 orang jururawat terlibat dalam program tersebut. Matlamat program ini diadakan bertujuan untuk memastikan para pelajar sekolah sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan dipantau. Para pelajar diberi nasihat penjaga kesihatan secara terperinci dan sistematik.