Majlis Perbincangan Akademik Pelajar Sasaran Kecemerlangan SPM 2011 Pada 15 Julai 2011

Seramai 43 orang pelajar cemerlang telah dipilih sebagai pelajar sasaran  "Sempurna A+" pada tahun ini. Majlis ini bertujuan untuk melaksanakan strategik terakhir bersama ibubapa bagi membimbing dan menyuntik motivasi kepada para pelajar berkenaan. Sesi sumbang saran diadakan bersama ibubapa terlibat pada hari ini bagi mengesan kelemahan dan membuat penambahbaikan untuk memastikan sasaran tercapai tahun ini.