LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA


2 Julai 2011 : Larian ini telah diadakan bersempena dengan Pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan yang diadakan di Padang Dataran Perbandaran Taiping Perak. Pelancaran dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia melibatkan kira-kira 3.5 juta pelajar dari 9,980 buah sekolah seluruh negara dan diadakan serentak sebagai simbol kepada pelancaran dasar 1M1S. Larian ini juga adalah usaha untuk melakar rekod “Penyertaan Murid Sekolah Paling Ramai Serentak Dalam Larian”.

Program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia ini turut disertai oleh para pelajar dan guru-guru dari SMK Dato' Penggawa Barat. Tepat jam 7.30 pagi semua pelajar dan guru-guru yang terlibat telah berkumpul di hadapan Dewan Sri Gemilang. Acara pada pagi itu dimulakan dengan melakukan Senaman J-Robik. Semua pelajar dan guru lelaki ditempatkan di Dataran Munsyi manakala semua pelajar dan guru perempuan ditempatkan di hadapan Dewan Sri Gemilang.

Peserta larian telah dilepaskan bermula di pintu gerbang utama sekolah dengan dahului oleh kategori kumpulan pelajar lelaki, seterusnya kumpulan pelajar wanita dan diikuti oleh kumpulan guru. Acara larian ini telah tamat kira-kira jam 10.30 pagi.