Hari Kerjaya Koperasi, Keusahawanan Dan Kokurikulum 2011 Pada 7hb & 8hb Julai 2011

Majlis perasmian Hari Kerjaya Koperasi, Keusahawanan dan Kokurikulum telah disempurnakan oleh En.Md.Hasidin bin Hj.Zaini, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Johor.

Kemuncak Hari Kerjaya Koperasi, Keusahawanan dan Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan  bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang aktif dalam bidang kokurikulum, menggalakan murid aktif dalam bidang kemasyarakatan di samping itu memberi peluang kepada ibubapa menghargai kegiatan anak mereka di sekolah. Aktiviti yang bakal diadakan   dijalankan seperti pameran, pertandingan dan gerai jualan.  

Objektif Hari Kerjaya Koperasi, Keusahawanan dan Kokurikulum  adalah bagi menggalakkan pelajar aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu. Antaranya ialah;
1.     Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulansama ada persatuan, kelab atau unit beruniform.
 2.         Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.
  3.        Menggalakkan pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupukkan sikap disiplin yang tinggi.
4.     Memberi peluang kepada ibubapa berbincang dengan pihak sekolah demi kebaikan anak mereka.