SETITIS TINTA PENGETUA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Muafakat Johor. Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, kita dapat meneruskan khidmat bakti di sekolah tercinta ini. Semoga kegemilangan dan kejayaan terus menerangi kehidupan kita semua yang mempunyai amanah besar untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti di sekolah kita. Marilah kita memperbaharui tekad dan menyuntik semangat baru dalam melonjakkan kecemerlangan SMK Dato Penggawa Barat pada tahun 2018 dan tahun- tahun yang mendatang. Sesungguhnya, sekolah adalah nadi utama dalam usaha membangunkan modal insan yang memacu kemajuan negara pada masa hadapan. Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju amat bergantung kepada keupayaan warga sekolah terutamanya para pendidik yan berpengetahuan kelas pertama, berketrampilan dan berdaya saing yang sihat bagi melakar pembangunan modal insan dalam kalangan murid SMK Dato Penggawa Barat berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Para pendidik harus mempunyai hala tuju yang jelas dan mengutamakan aktiviti peningkatan profesionalisme agar mampu memberi impak yang tinggi terhadap kecemerlangan anak didik dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Dalam menghadapi persaingan pada peringkat global, kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh warga sekolah. Oleh itu, setiap warga pendidik perlu meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta melipatgandakan usaha bagi melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif dan inovatif untuk mengisi keperluan masa kini dan masa hadapan. Bagi memastikan kelangsungan pembangunan pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dilaksanakan. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Pelan ini berhasrat mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan. Lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia ialah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Justeru, PPPM juga telah menyusun transformasi yang dilaksanakan dalam tiga gelombang. Gelombang pertama memberi sokongan kepada para pendidik, gelombang kedua mempercepat peningkatan kemajuan sistem, dan gelombang ketiga ialah beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi. Oleh itu, sebagai pendidik kita hendaklah menerima transformasi ini dengan minda yang terbuka dan melaksanakannya bagi mencapai visi yang dihasratkan. Pengajaran yang berkesan melibatkan proses memindahkan ilmu oleh guru di samping memperkembang potensi murid. Bagi murid, pembelajaran merupakan suatu proses mengumpul maklumat dan pengalaman secara berterusan. Dalam hal ini, pengintegrasian ICT dalam PdPc memberikan kesan berganda kepada murid-murid bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Oleh hal yang demikian, pelbagai aplikasi seperti e-pembelajaran, sidang video dan pelbagai inovasi teknologi yang diperkenalkan amat relevan dengan keperluan semasa murid kerana teknologi ini membolehkan murid mendapat maklumat dalam masa yang singkat. Dalam era globalisasi, warga sekolah semestinya melengkapkan diri dengan maklumat terkini supaya dapat bertindak balas terhadap pembangunan teknologi baru. Kejayaan-kejayaan yang dilakar selama ini adalah disebabkan pengamalan budaya kerja cemerlang oleh semua warga sekolah ini. Budaya kerja ini bukan sahaja dapat melahirkan golongan pendidik dan murid yang berdedikasi tetapi juga memberi impak yang besar kepada ‘output’ dan ‘outcome’ hasil daripada pengamalan budaya kerja tersebut. Diharapkan generasi yang dihasilkan kelak adalah golongan murid yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi merangkumi semua aspek kehidupan sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga SMK Dato Penggawa Barat dalam memberikan sumbangan kepada pihak sekolah. Segala usaha murni ini perlu diteruskan lagi agar mencapai kejayaan yang lebih cemerlang seterusnya dapat menyumbang bakti pula kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat hendaklah dijadikan amalan. Semoga segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ingatlah, orang hebat mampu melahirkan beberapa karya berkualiti, tapi guru berkualiti mampu melahirkan ribuan orang hebat. Selamat menjalankan tugas kepada semua warga SMK Dato Penggawa Barat, moga 2018 kita berada di mercu. Yakinlah dan pastikan SDPB MENJUARAI.
MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF

PENGUMUMAN

MESYUARAT AGUNG PIBG 2018 TARIKH : 24HB FEBRUARI 2018 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT DSG

PANITIA SAINS/BIOLOGI

PANITIA SAINS

1. Nota Sains Tingkatan 4 
2. Nota Sains Tingkatan 5
3.  Jawapan Modul Kemahiran Proses Sains Tingkatan 5


PANITIA BIOLOGI

1. NOTA BIOLOGY TINGKATAN 4

2. NOTA BIOLOGI TINGKATAN 5

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 3 SPM BIOLOGI
Berikut disenaraikan beberapa tips untuk menjawab soalan kertas 3 (Soalan 1 dan 2):

1. Baca semua soalan dengan teliti kerana kebanyakkan jawapan boleh didapati daripada soalan.

2. Gariskan semua kata kunci terutamanya berkenaan pembolehubah (variables) dan tujuan eksperimen    (biasanya dimulakan dengan ayat; .....to study.....)

3.
 Manipulated variable merujuk kepada sesuatu perkara yang diubah-ubah ataupun yang dikaji dalam eksperimen; Responding variablemerujuk kepada hasil atau dapatan daripada eksperimen danConstant/Fix variable merujuk kepada perkara yang ditetapkan atau tidak
berubah sepanjang eksperimen dijalankan.

4.
 Bagi soalan 1:
  • OBSERVATIONS boleh didapati daripada apa yang telah tertulis di dalam Jadual sahaja. Jangan menjawab apa yang tiada daripada jadual.
  • INFERENS merupakan penjelasan atau sebab kepada pemerhatian (observation). Jangan ulangi ayat pemerhatian(observation) kerana biasanya jawapan inferens tidak boleh didapati daripada jadual sahaja. Anda kena berfikir...
  • VARIABLES biasanya boleh didapati terus daripada soalan. Yang penting baca soalan dengan teliti. Bagi soalan ini, jadual bagi pembolehubah telah disediakan dengan ruangan di sebelah kiri adalah untuk nama Variable (manipulated, responding dan constant/fix) dan ruangan di sebelah kananadalah untuk method to handle the variable.
  • Jangan lupa kata kunci (key word) untuk menjawab ruanganmethod/how to handle the variable. INGAT !!! Key word untukmethod/how to handle MV adalah use different..... atau replace with......
  • Key word bagi method/how to handle RV adalah measure and record ...............by using ...(mesti ada apparatus)... ataupuncalculate and record .........by using ......(mesti tulisformula)....
  • Key word bagi method/how to handle CV adalah Fix the amount/volume/concentration/type/mass of...... ATAU Use the same amount/volume/concentration/type/mass of......
  • HIPOTESIS adalah perkaitan (RELATIONSHIP) antaraManipulated variable dengan Responding variable. Struktur ayat tidak menjadi masalah yang besar asalkan dalam hipotesis mengandungi kedua-dua pembolehubah tersebut dan perhubungan antara keduanya. Ada 2 cara yang mudah untukmenulis hipotesis.
  • Pertama secara perbandingan (comparison) dan tidak perlu menggunakan ayat; The higher.....the higher........atau The higher.........the lower...........Contohnya, The lime juice contains higher vitamin C compared to watermelon juice ATAUThe peanut has more energy than white bread.
  • Kedua adalah seperti yang biasa digunakan. Contohnya, The higher the light intensity, the higher the rate of photosynthesisATAU The higher the humidity, the lower the rate of transpiration.
  • JADUAL hendaklah diberi perhatian yang sewajarnya. Jangan hilangkan markah anda hanya kerana anda tidak tahu bagaimana hendak membuat jadual. Kesemua aspek telah diberikan dalam soalan, yang penting bina jadual mengikut aspek tersebut dan jangan lupa menggunakan pembaris apabila anda membina jadual.
  • GRAF juga harus diberi perhatian yang serius! Cuba bezakan antara ayat...draw a graph, draw a bar chart and draw a histogram. Kerana ramai yang masih tidak boleh membezakan antara ketiga-tiga bentuk graf tersebut.
  • Draw a graph maksudnya, plotkan titik dan sambungkan kesemua titik tersebut. INGAT! Antara titik-titik sahaja, TAK semestinya melalui paksi-x atau paksi-y.
  • Draw a bar chart maksudnya, lukis 2 atau lebih bar secara berasingan. JANGAN rapatkan bar-bar tersebut.
  • Draw a histogram maksudnya, lukis 2 atau lebih bar secara rapat-rapat. JANGAN jarakannya.
  • PENERANGAN KEPADA HUBUNGAN (explain the relationship), jawapannya adalah berdasarkan graf yang telah dilukis sebelumnya. JANGAN LUPA untuk memberi penerangan/sebab kepada jawapan anda ATAUPUN tulis semula hipotesis anda dan beri penerangan/sebab kepada hipotesis anda itu.
  • MENDEFINISI SECARA OPERASI (operatinal defination/deduce), seharusnya anda memberi maksudsesuatu perkara itu berdasarkan hasil eksperimen pada permulaan soalan 1 dan apa juga yang berkaitan dengannya. Jangan berikan jawapan berdasarkan teori yang anda pelajari di dalam kelas, kerana ia boleh mengurangkan markah anda.
  • Perkara yang mesti ada adalah (i) WHAT, (ii) WHERE/HOW AND (iii) FACTORS.
  • Contohnya, The rate of photosynthesis is shown by the number of bubbles produce by Hydrilla sp in sodium hydrogen carbonate and affected/influenced by the light intensity.
  • Kalau susah sangat, tulis sahaja apa yang anda lihat dalam Jadual pada permulaan soalan + apa yang anda tulis dalam pembinaan jadual (atau pengiraan) + inferens.
  • Soalan yang berikutnya biasanya berkaitan dengan RAMALAN(prediction). Dalam soalan ini anda digalakkan menjawab berdasarkan situasi yang diberikan dan kaitannya dengan soalan yang sedia ada. Cuba jawab soalan ini dengan berhati-hati dan jangan lupa berikan penerangan kepada ramalan anda.
  • Akhir sekali untuk soalan 1, adalah soalan berkaitan denganPENGELASAN. Kelaskan bahan-bahan atau alat radas atau apa jua yang ditanya dengan teliti dan berhati-hati. Lihat kembali pada seluruh soalan 1 dan cubalah ingat kembali apa yang anda telah pelajari di dalam kelas.
5. Bagi soalan 2:
  • Biasanya dalam soalan kedua, calon mesti menjawab soalan berdasarkan 9 kriteria yang telah ditetapkan dalam soalan seperti berikut:
  1. PROBLEM STATEMENT
  2. HYPOTHESIS
  3. VARIABLES
  4. LIST OF APPARATUS AND MATERIALS
  5. PROCEDURE OR METHOD
  6. PRESENTATION OF DATA

  • PROBLEM STATEMENT - Mesti dalam bentuk soalan (question form). Mulakan dengan ayat tanya (wh sentence. Contohnya, What / Where / When / Does / How). Jangan lupa untuk meletakkan tanda soal (question mark, ?) di akhir ayat.
  • HYPOTHESIS - Boleh menghubungkait antara Manipulated variable dan Responding variable.
  • VARIABLES - Mesti dapat menyatakan ketiga-tiga pembolehubah dengan betul.
  • MATERIALS AND APPARATUS - Senaraikan kesemua bahan dan radas yang diperlukan dalam eksperimen. Tulis di bawah satu tajuk yang sama iaitu 'Materials and apparatus'. Jangan ditulis secara berasingan.
  • PROCEDURE / METHOD - Tulis semua kaedah / cara kerja eksperimen berdasarkan kriteria berikut:
K1 (Explain how you set up the apparatus and materials)
K2 (State how you handle the
 FIX VARIABLE)
K3 (State how you handle the
 RESPONDING VARIABLE - SAME AS TECHNIQUE)
K4 (State how you handle the
 MANIPULATED VARIABLE)
K5 (Precautionary step OR write Repeat the whole experiments to get the average reading and record the data)
  • PRESENTATION OF DATA - Gunakan jadual yang mempunyai tajuk dan unit (jika ada). Ruangan keputusan eksperimen tidak perlu diisi..


























MEASURING AND USING NUMBERS (3 marks)
Record the reading of thermometer, stopwatch, measuring tools, ruler etc. from the given diagram.

OBSERVATION (3 marks)
State two observations….
Write down what can be observed only. Do not do the analysis, comparison or conclusion. Make sure your answer is specific.
Eg.
At pH 9 the time taken for lime water to turn cloudy is 27 minutes.
At pH 7 the time taken for lime water to turn cloudy is 1 minute.

INFERENCE (3 marks)
State one inference which corresponds to each observation.
Eg.
In alkaline condition yeast activity decreases thus less carbon dioxide is released.
In neutral condition yeast activity increases compare to other conditions thus more carbon dioxide is released.

VARIABLES (3 marks)
Normally the MV and the RV can be found in the aim of the experiment.
State the 3 variables and the method to handle the variables.
(MUST USE VERB and state the INSTRUMENT used)
MANIPULATED - Use/….
RESPONDING - Eg: Count and record the growth of thePleurococcus sp. in the graph paper. (SPM 2008)
CONTROLLED - Use the same…/ Maintain …/Fix

HYPHOTHESIS (3 marks)
Able to state the hypothesis correctly based on the following criteria:
 State the
l manipulated variable
 State the
l responding variable
l Relate the manipulated variable and the responding variable + explanation
Eg :
When the Pleurococcus sp. faces east, it receives more sunlight therefore the total surface area covered increases. (SPM 2008)

PRESENTATION OF DATA (3 marks)
Able to construct a table and fill a table with all columns labelled with correct unit.

RELATIONSHIP (3 marks)
Eg:
As the light intensity increases, the population ofPleurococcus sp. also increases because photosynthesis occurs more. (SPM 2008)

DEFINE OPERATIONALLY ( 3 marks)
Answer must based on the result of the experiment not from the theory. (Refer the figure/table)
Eg:
Population distribution is the total surface area covered by thePleurococcus sp. within 10 X10 cm at different light intensity. (SPM 2008)

PREDICTING (3 marks)
Predict the outcome using a relevant statement. Plus explanation.

CLASSIFYING (3 marks)
Students must complete the given table according to the title. If the table is not provided, construct the table according to the classification given. Include all answers.


QUESTION 2 (17 marks)

AIM/OBJECTIVES (No mark, just a tick)
Write down as in the question.

PROBLEM STATEMENT (3 marks)
Must be in a question form. (Modify the aim)

HYPOTHESIS (3 marks)
Able to state the hypothesis correctly based on the following criteria:
 State the manipulated variable
l
 State the responding variable
l
 Relate the manipulated variable and the responding variable
l

VARIABLES (No mark, just 3 ticks)
Write down all the 3 variables (one for each variable)

TECHNIQUE (1 mark)
In a complete sentence, write down what is observed or measured (include the instrument used). State the specific name of the technique where applicable.
Eg:
Measure and record the volume of fruit juices needed to change the blue DCPIP to colourless using a syringe.
Measure and record the initial and final temperature of the water in the boiling tube using a thermometer.

MATERIALS AND APPARATUS (3 marks)
List down at least 3 materials and 3 apparatuses.

PROCEDURE / METHOD (3 marks)
Write down each step clearly and systematically.
i) Set up of materials and apparatus
ii) Operating the manipulated variable
iii) Operating the responding variable
iv) Operating the fixed variable
v) Precautions

PRESENTATION OF DATA (1 mark)
Construct the table with the correct titles and units (results/data – no need) .

CONCLUSION (No mark, just a tick)
Repeat or modify the hypothesis sentence.
Experiment : 14 marks
Planning : 3 marks
Total : 17 marks
Posted by rozaini at 12:46 AM