HARI PENGAKAP 2014

12 November 2014 - Hari Pengakap Daerah Pontian 2014 telah diadakan di SK Rambah. Pengakap Laut Kumpulan 14, SMKDPB telah menghantar 2 kategori iaitu Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Pendidikan Khas. Pelbagai pertandingan diadakan antaranya Simpulan dan Ikatan, Gajet, Kraf Tangan, Mendirikan Tempat Perlindungan, Pertolongan Cemas dan Masakan Rimba.
Dalam Kategori Pendidikan Khas SMKDPB telah dinobatkan sebagai Johan dan membawa pulang piala pusingan sementara bagi kategori Sekolah Menengah SMKDPB telah mendapat tempat kedua keseluruhannya. Tahniah kepada para pemenang.